January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KOTA KINABALU: Kelicikan seorang wanita yang ‘merembat’ pelbagai barangan kosmetik bernilai RM1,000 di sebuah farmasi dan bertindak menjualnya semula di kaki lima akhirnya terbongkar selepas dia diberkas polis dalam kejadian di Kompleks Asia City, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam tangkapan jam 4.30 petang Khamis, suspek berusia 30 tahun itu dicekup oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang berjaya menjejaki wanita berkenaan di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, wanita itu mengaku terbabit secara langsung dengan aktiviti mencuri tujuh barangan kosmetik di premis farmasi yang terletak di pusat beli belah Kompleks Karamunsing pada jam 8.14 malam, 20 November lalu.

“Suspek mengaku mencuri barangan-barangan kosmetik yang bernilai RM1,000 di premis farmasi itu sebelum bertindak menjualnya kepada seorang individu di kaki lima berhampiran Kampung Air, di sini, dengan hanya RM10 bagi setiap satu barang.

“Selain daripada tangkapan itu, polis turut merampas satu beg tangan milik suspek yang dipercayai digunakannya dalam kejadian berkenaan, “katanya, ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Chandra berkata, siasatan awal turut mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan polis atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: