January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang memohon
pengecualian dalam beberapa perkara dibidas seorang daripada bekas
pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman.

 

Ujar Kamarul, perkembangan itu membuatkan beliau terfikir apakah parti
tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu punya masa depan di samping Barisan
Nasional, PAS dan parti pembangkang yang lain.

 

Beliau juga bertegas, pemimpin PPBM tidak boleh terus menuding jari
kepada pihak lain melainkan akur kelam-kabutnya parti kini adalah
berpunca daripada kealpaan mereka sendiri.

 

“Jangan menyalahkan pihak lain sedangkan kesalahan itu datangnya dari diri sendiri, parti sendiri.

 

“Jika keadaan ini berlarutan pasti parti tidak bertahan lama. Dan ini
menjurus sama ada mereka peduli kepada parti? Apakah parti ini mempunyai
masa depan selepas PRU14,” katanya kepada Antarapos.

 

Kamarulazman mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim bahawa cadangan pengecualian PPBM itu
bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966, malah perlembagaan PPBM itu
sendiri.

 

RoS kemudiannya meminta diberikan tempoh selama seminggu untuk meneliti
permohonan pengecualian tersebut, termasuk merujuk hal itu kepada
Jabatan Peguam Negara.

 

Dikatakan pengecualian yang dipohon PPBM pada Khamis lalu membabitkan
isu pelaksanaan mesyuarat agung tahunan dan pindaan perlembagaan parti.

 

Kamarul dalam pada itu hairan bagaimana parti yang dipimpin Tun Dr
Mahathir Mohamad itu gagal mematuhi perlembagaan parti itu sendiri, dan
menyifatkan tiada kepedulian di kalangan pimpinan PPBM.

 

“Tak mungkin bagi pemimpin-pemimpin di dalam PPBM yang mendakwa
berpengalaman dalam politik tidak sedar (parti) akan sampai ke
persimpangan seperti hari ini, iaitu timbul masalah dari sudut mesyuarat
agung dan perkara lain yang telah disenarai dalam perlembagaan.

 

“Setiap kali penubuhan parti baru maka mesyuarat agung tahunan adalah
platform yang ditunggu-tunggu dan diusahakan untuk disegerakan kerana di
sana ahli dapat bersuara.

 

“Bagaimana hendak dikatakan relevan permohonan itu sedangkan, contohnya
adakah relevan seseorang ahli menjadi ahli PPBM, (dan) katakan dia jadi
ahli untuk tempoh 10 tahun, jadi bagaimana kedudukannya itu jika tempoh
setahun itu tamat? Bukankah ahli itu menjadi mangsa kepada PPBM sebab
sementara dia menjadi ahli selama setahun tidak ada satu pun mesyuarat
agung diadakan,” jelas Kamarul.

 

PPBM berkemungkinan dibubarkan pendaftarannya selepas ia sehingga gagal
menyelesaikan krisis dalamannya dan menganjurkan mesyuarat agung
tahunan yang telah melebihi tempoh yang sepatutnya pada September lalu.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: