January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: AirAsia terpaksa membatalkan dua penerbangan hari ini
menjadikan 13 kesemuanya ekoran aktiviti terbaru Gunung Agung di
kepulauan Indonesia.

 

Dalam kenyataan syarikat penerbangan itu hari ini, AirAsia memaklumkan
beberapa penerbangan dari Bali dan sebaliknya terkesan ekoran aktiviti
terbaru gunung berapi itu. 

 

“AirAsia ketika ini menutup koordinasi dengan beberapa pihak berkuasa
dan sentiasa membuat penilaian risiko bagi memastikan keselamatan
operasi kami,” kata syarikat itu. 

 

Penerbangan yang dibatal atau dijadual semula semalam melibatkan
beberapa destinasi iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

 

Dua penerbangan hari ini yang dibatalkan melibatkan pergi balik ke Darwin, Australia.

 

Gunung Agung menghamburkan habuk dan asap semalam, kali kedua dalam minggu ini, yang dilapor setinggi 1.5km dari puncak.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: