January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini sudah ketandusan ide untuk menghasut rakyat agar membenci serta mencurigai Kerajaan Barisan Nasional.

Sampai tahap mereka terpaksa menjaja cerita fitnah kononnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan borang pendaftaran kad pengenalan yang tertera akujanji menyokong BN.

Ikrar yang tertera pada ‘Borang Permohonan Khas Kad Pengenalan’ itu turut menyatakan lafaz janji pemohon untuk mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Penularan borang tersebut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen BN yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermaruah.

Susulan penyebaran berita tersebut membuatkan JPN, menerusi laman Facebook rasmi mereka semalam mengesahkan bahawa borang yang tular dilaman media sosial itu adalah palsu.

“Dimaklumkan bahawa dokumen yang disebar seperti di bawah adalah PALSU dan dokumen tersebut TIDAK dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” demikian kata JPN.

Jika dilihat secara teliti, borang itu memang nampak palsu kerana terdapat beberapa kesalahan dari segi ejaan melibatkan ejaan bagi perkataan “temapt’ (tempat) dan “inkar” (ingkar).

Malah, ini bukan kali pertama fitnah sebegini dilemparkan terhadap kerajaan. Tapi apa yang lebih memalukan, maklumat palsu itu seperti itu pun mahu dijadikan bahan modal Politik Murahan puak Pakatan Haprak tu untuk tujuan mengelirukan rakyat!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: