January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menukar fikiran dengan bersetuju beraksi pada pusingan akhir Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan depan.

Pemain keenam dunia itu yang sebelum ini, mengambil keputusan untuk menarik diri pada kejohanan bakal berlangsung dari 13 hingga 17 Dis ini, menjelaskan kejohanan berkenaan penting untuknya memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

“Saya kena pergi sebab ini kejohanan Siri Super terakhir musim ini dan bukan senang beraksi di Dubai kerana hanya lapan pemain terbaik dalam ranking dunia layak beraksi.

“Selepas aksi di Dubai, saya akan berehat panjang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum fokus dengan kejohanan pertama pada tahun depan iaitu Seluruh England pada Mac,” kata Chong Wei.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Hong Kong, hari ini.

Dalam pada itu, Chong Wei menyerahkan kepada jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock dan Hendrawan untuk menentukan penyertaannya pada beberapa kejohanan penting tahun depan – Sukan Komanwel di Australia; Sukan Asia di Indonesia; Kejohanan Dunia di China selain pusingan akhir Piala Thomas di Thailand.

Menyentuh mengenai kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Hong Kong semalam, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui beliau cukup gembira kerana dapat menamatkan kemarau kejuaraan, yang kali terakhir dimenanginya pada Siri Super Premier Seluruh England, Mac lepas.

Chong Wei menewaskan seteru utamanya, Chen Long dari China 21-14 dan 21-19 pada aksi final, semalam, untuk meraih kejuaraan kelima selepas menjuarai kejohanan berkenaan sebanyak empat kali pada 2009, 2010, 2013 dan 2015.

“Saya gembira kerana dapat meraih kembali keyakinan diri setelah beberapa bulan tidak memenangi sebarang kejuaraan dan keputusan positif ini semestinya menaikkan semangat saya untuk beraksi lebih cemerlang pada kejohanan selepas ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: