January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHANXI: Seekor harimau yang terbebas dari kandangnya sewaktu pertunjukan sarkas di sebuah kampung di wilayah Shanxi, utara China, menecetuskan huru-hara sebelum ia berjaya ditawan semula, lapor Reuters.

Dua kanak-kanak telah cedera dicakar oleh haiwan itu, namun kedua-duanya telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan, kata pihak berkuasa tempatan.

Pasukan sarkas itu sedang mengadakan pertunjukan di sebuah acara keraian berdekatan sebuah kuil di perkampungan Shengwang di mukim Hongtong, ketika harimau itu tiba-tiba dapat menerjah keluar dari kandang.

Anggota dari jabatan keselamatan awam tempatan dan Jabatan Perhutanan kini sedang menyiasat kejadian tersebut.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: