January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SABAK BERNAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menawarkan hasrat bertanding di kerusi Dun Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada PRU13 lalu.

Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau lebih berminat bertanding di kerusi itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

“Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding adalah di (Dun) Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali.

“Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah satu masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di kawasan Dun beliau (Bukit Antarabangsa),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort, di sini, tengah hari tadi.

Jamal berkata, hasrat beliau untuk bertanding di kerusi milik PKR itu juga dalam pengetahuan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

“Saya juga telah berbincang dengan kepimpinan bahagian Ampang tentang hasrat ini.

“Saya tahu kuasa untuk menentukan calon ini terletak pada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya amat berharap dicalonkan di (Dun) Bukit Antarabangsa,” katanya – SH



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: