January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) untuk menyemak semula keputusan undi belah bahagian dalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang diadakan pada Isnin minggu lepas.

Pandikar berkata keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati proses undi yang dilakukan adalah mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan yang diperoleh adalah sah.

Katanya semakan dan pertimbangan telah dibuat setelah menerima surat aduan Gobind yang bertarikh 22 Nov dan beliau mendapati dakwaan Gobind bahawa jumlah undi yang diterima oleh blok pembangkang sebanyak 52 undi adalah tidak tepat.

Katanya semakan yang beliau lakukan mendapati G. Manivannan (PKR-Kapar) yang merupakan pencadang kepada undian tersebut dan juga pengira undi bagi blok pembangkang telah gagal menghitung undi Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) .

Ini menyebabkan blok pembangkang hanya memperoleh 51 undi berbanding blok penyokong kerajaan yang mendapat 52 undi, katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar berkata beliau juga telah meneliti dan mengambil kira beberapa perkara semasa undian belah bahagian dijalankan termasuk ketika itu adalah waktu solat Isyak untuk umat Islam, selain ia juga waktu malam dan semua anggota Dewan telah kepenatan setelah berbahas sepanjang hari.

BACA: Undi belah bahagi: Tindakan diambil terhadap wakil BN gagal hadir 

Katanya, Timbalan Speaker yang mempengerusikan sesi itu turut menggunakan budi bicara untuk membenarkan atau tidak suatu cadangan undi belah bahagian diadakan.

“Kesimpulannya, saya memutuskan bahawa belah bahagian yang diadakan pada Isnin, 20 Nov adalah teratur, mengikut Peraturan Mesyuarat 46 dan 47.

“Justeru, saya tidak membenarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 oleh Yang Berhormat Puchong dimasukkan peraturan urusan mesyuarat,” katanya.

Pandikar turut menolak usul Gobind untuk merujuk Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah pergi ke meja Setiausaha Dewan Rakyat semasa undi dikira.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: