January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekaligus mengakhiri spekulasi kedudukan beliau yang dilihat pro Pakatan Harapan sebelum ini.
Penyertaan beliau diumumkan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang menerima borang penyertaan Datuk Ir Amiruddin.

Antara alasan yang diberikan ADUN Anak Bukit itu berikutan mendapat mesej daripada kepimpinan tertinggi PAS negeri bahawa mustahil bagi parti itu untuk bersama-sama PH.

“Saya ada membuat kunjungan hormat dengan Pesuruhjaya PAS, (Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi) kot saya boleh dapat jaminan adakah sinar harapan untuk PAS bersama PH.

“Oleh kerana saya dapat maklum balas ia hampir mustahil berlaku…oleh yang demikian saya membuat keputusan untuk bersama PPBM…saya membuat keputusan ini dalam sedar berasa ia keputusan terbaik.

Ketika ditanya mengenai kedudukannya dalam PAS, Amiruddin berkata keahliannya dalam parti itu secara automatik terbatal selepas menyertai PPBM.

Begitu juga dengan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah.

Beliau juga menjelaskan tidak terikat dengan mana-mana baiah dalam parti PAS, sekali gus membolehkannya keluar parti.

Amiruddin yang berusia 55 tahun mula menyertai PAS pada tahun 1999 dan menjadi ADUN Anak Bukit sejak 2002 melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum mengekalkannya selama tiga penggal selepas itu.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: