January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Perasaan was-was tentang ketetapan syariah punca lebih ramai belia Muslim terjebak dalam fahaman ateisme.

Eksekutif Dakwah Yayasan Ta’lim, Muhammad Asrie Sobr berkata, golongan itu sering mempersoalkan garis panduan Islam, kurang penghayatan agama serta kelompongan dalam sistem pendidikan agama merupakan antara punca gejala tersebut semakin menular dan membimbangkan.

“Antara punca ateisme dalam kalangan belia ialah cara hidup mereka, iaitu kurangnya didikan agama dan tidak mengamalkan ajaran hidup Islam.

“Penyelesaian terbaik untuk membendung kepercayaan atheism adalah dengan mengamalkan semula ajaran Islam bagi menambah keyakinan terhadap agama Islam,” katanya ketika pembentangan Persidangan Khayr Ummah 2017.


 

Menurut Muhammad Asrie penyelesaian lain adalah dengan mengajak mereka mendekati pakar ilmuwan Islam, agar keraguan yang ada dalam diri mereka dapat diselesaikan.

Beliau turut menerangkan bahawa fahaman ateisme bukan sahaja tidak mempercayai Tuhan tetapi terdapat ruang-ruang lain dalam agama, seperti tidak percaya kepada nabi dan syariat yang turut menyumbang kepada gejala itu.

Menurutnya lagi, kemunculan media baharu dan penerbitan alternatif yang sukar dikawal turut menyumbang kepada kepincangan ini.

Penyebaran fahaman melalui media yang bebas mengkritik dan mempersoal ajaran Islam menerbitkan idea-idea liberalisme and pluralisme agama. Hal ini bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah.

Sementara itu, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz Salam berkata kejahilan agama boleh menyebabkan golongan belia mudah dipengaruhi media sosial.

“Kejahilan (dalam agama) telah menyebabkan kita dimanipulasi dan dipengaruhi oleh media sosial, terutama dalam kalangan belia”, jelas Tun Faisal melalui pembentangan bertajuk ‘Impak Negatif Media Dalam Memahami Konsep Wasatiyyah’.

Malaysia menjadi tuan rumah untuk Persidangan Khayr Ummah 2017  diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

KUC 2017 dianjurkan dengan bertujuan untuk memotivasikan semangat kerjasama dan solidariti antara organisasi dan sarjana Islam individu di rantau Asia Tenggara dari segi biasiswa, pendidikan, sosioekonomi, keselamatan dan kebajikan.

____________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Iklil Fatihah Kamal Redzuan, Rozlin Rusharmeen Rosmin dan Aisha Hani Azmir

**Awani Rangers UiTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: