January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Insititut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan
melancarkan buku panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) khas
untuk sekolah tahfiz di seluruh negara, Januari depan.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata buku panduan itu antara
lain memberi pendedahan mengenai perkara asas berkaitan KKP, program
pembangunan kesedaran KKP di sekolah tahfiz dan cara melaksanakannya
secara berterusan.

“Pihak NIOSH akan memastikan buku panduan itu mudah difahami agar
dapat dilaksanakan dengan baik di semua sekolah tahfiz,” katanya dalam
kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata bagi menjayakan pelaksanaan KKP, NIOSH akan menganjurkan seminar berkaitan di seluruh negara.

Penerbitan buku panduan itu turut dimaklumkan dalam mesyuarat kedua
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pasukan Petugas Khas Sekolah
Tahfiz yang dipengerusi Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi
pada Jumaat lepas (24 Nov).

Lee berkata Ahmad Zahid yang juga pengerusi HLC, dijadual akan
merasmikan majlis pelancaran buku panduan itu dalam satu majlis khas
yang akan diadakan di Bagan Datuk, Perak.

Katanya NIOSH dijemput menyertai HLC Pasukan Petugas Khas Sekolah
Tahfiz bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek kelamatan dan
kesihatan di sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara.

Penubuhan jawatankuasa khas itu susulan insiden kebakaran yang
meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pada 14 Sept lepas.

Lee berkata pada 30 Okt lepas NIOSH telah mengadakan seminar
pengurusan KKP untuk sekolah-sekolah tahfiz Selangor di Bandar Baru
Bangi yang dihadiri seramai 100 pengusaha dan pentadbir tahfiz.

Beliau berkata pasukan khas NIOSH telah melawat lima kategori sekolah
tahfiz yang mewakili pelbagai jumlah pelajar dan status termasuk milik
kerajaan, swasta dan persendirian untuk mendapatkan gambaran sebenar
operasi pusat tahfiz serta cara mereka menguruskan risiko keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja. -Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: