January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Kedah daripada parti Pas membuat keputusan untuk tidak memilih parti Amanah untuk meneruskan perjuangan politiknya di dalam blok pembangkang.

Sebaliknya, Datuk Amiruddin Hamzah mengumumkan pendirian menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tindakan yang mengejutkan ramai pemerhati politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas menerima borang keahlian Amiruddin, yang diserahkan pada sidang media petang tadi.

Alasan serta hujah Amiruddin mudah, keputusan menyertai PPBM dibuat setelah Pas bertegas dengan pendirian untuk bersendirian dan tidak bersama Pakatan Harapan dalam PRU14.

“Saya yakin kita perlukan suatu kesepakatan dari pelbagai latar belakang parti politik, dianggotai semua bangsa dan agama untuk beri tentangan lebih baik.

“Sebelum ini pembangkang tidak pernah berada dalam satu gabungan padu dalam PRU,” katanya.

Mengulas mengenai keahliannya dalam Pas, katanya, mana-mana individu yang menyertai parti baharu, secara automatik keahlian parti lama gugur.

“Saya tak terikat lagi pada Pas, kita tak ada bai’ah, selagi jadi ahli hanya berpegang pada perlembagan parti dan perjuangan,” katanya.

Amiruddin yang juga Adun Anak Bukit berkata, sama ada Bersatu atau Amanah menjadi pilihan, ia bukan suatu persoalan kerana parti itu membawa mesej yang sama.

Menurutnya, pembangkang perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada PRU12 dan PRU13, yang menyaksikan kekuatan gabungan parti pembangkang mampu meranapkan sebahagian kawasan ditakluki BN.

Amiruddin turut menyifatkan pendirian Pas yang hanya mahu bersama blok ketiga sebagai pendekatan kurang bijak.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: