January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AGAK melucukan saban hari penulis sering menerima kiriman mesej WhatsApp daripada seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membangkitkan pelbagai isu berkaitan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), pada masa sama di laman-laman sosial pemimpin parti itu dan penyokong mereka terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.
Hakikatnya, mereka ba­gaikan ayam jantan yang terus berkokok kuat ketika najis semakin banyak melumuri ekor­nya. Pe­mimpin dan ahli-ahli PPBM masih belum sedar bahawa parti itu tidaklah sehebat mana, dalam bahasa mudah ia adalah sebuah parti bermasalah.

Bagaimanapun pemim­pin-pemimpin PPBM ma­sih belum ‘sedar diri’. Mereka hanya seronok menyerang kerajaan seolah-olah parti mereka paling sempurna dan tidak mempunyai masalah. Pengerusi­nya Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaikan ‘badut’ yang hanya menghabiskan masa membuat pelbagai kenyataan mengecam BN, UMNO dan Perdana Menteri.

Ada ketikanya kenya­ta­an beliau dilihat tidak berasas dan dianggap bagaikan ‘meludah ke langit terke­na muka sendiri’, malah dalam laman-laman sosial akibat daripada kenyataan yang dibuat, Dr. Mahathir yang dianggap bertaraf negarawan dipersendakan.

Di forum-forum awam pula, sesi dialog dengan orang ramai lebih banyak menyaksikan Dr. Mahathir menunjukkan sikap tidak konsisten dalam politik dan memberi jawapan berbelit-belit termasuklah dalam isu beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Di peringkat akar umbi, PPBM kucar-kacir, struktur parti berterabur, pe­ra­saan tidak puas hati se­makin memuncak sehingga semakin ramai yang mula meninggalkan parti itu kerana merasakan pucuk pimpinan lebih ba­nyak mahu melempiaskan nafsu politik dan dendam kesumat terhadap kerajaan BN.

Tiada apa-apa program atau langkah dilakukan bagi memperbetulkan or­ganisasi PPBM yang bagaikan ‘kapal yang terumbang-ambing di tengah-tengah lautan’.

Dalam Pakatan Harapan pula, PPBM bagaikan ‘melukut di tepi gantang’. Parti-parti lain tidak mempedulikan kekalutan yang berlaku dalam PPBM. Tetapi Dr. Mahathir dan pe­mimpin-pemimpin kanan parti itu masih belum mahu sedar.

Mereka merasakan apa yang dilakukan adalah be­tul. Mereka seronok dengan cacian dan maki hamun yang dilemparkan kepada kerajaan. Mereka sengaja melupakan ‘kain mereka sendiri sudah terlondeh, di saat mereka ketawa menuding kain orang lain terkoyak’.

Pemimpin-pemimpin PPBM terus dilamun mainan politik kebencian terhadap kerajaan. Mereka seolah-olah tidak peduli pun dengan nasib penyokong-penyokong parti itu yang sebelum ini sebahagian besar mereka sanggup mening­galkan UMNO semata-mata kerana terpe­daya dengan dakyah politik Dr. Mahathir.

Inilah bahananya apabila sebuah parti politik itu ditubuhkan bukan kerana sebuah perjuangan demi bangsa, agama dan negara tetapi diwujudkan semata-mata kerana ‘ke­ghairahan’ seorang pemimpin yang mahu terus berkuasa, biar­pun zamannya sudah berlalu.

Zulkiflee Bakar
Utusan



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: