January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KEPALA BATAS: Polis menahan seorang wanita warganegara Indonesia selama
14 hari selepas disyaki mendera anak lelakinya berusia setahun di rumah
mereka di Paya Lahar Kepar.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner
Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapat aduan daripada seorang
doktor Hospital Kepala Batas di sini yang mengesan pendarahan di kepala
kanak-kanak berkenaan selain kesan bengkak di dahi dan lebam di pipi
serta badan.


 

Suri rumah yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun mendakwa anaknya terjatuh dan terhantuk di ruang tamu rumah mereka.

 

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang pada Rabu lalu, dan
bapa mangsa bertindak membawa anaknya ke hospital 20 minit kemudian
selepas menyedari keadaan anaknya semakin lemah.

 

“Pemeriksaan  pegawai perubatan hospital mendapati kanak-kanak
berkenaan mengalami pendarahan otak akibat impak (hentakan) kuat
menggunakan objek tumpul di dahi dan pipi kanannya.

 

“Badan mangsa yang kini koma dan dihantarkan ke Hospital Pulau Pinang
juga mempunyai banyak kesan lebam berlainan warna selain doktor
berpendapat kecederaan itu disengajakan dan bukan disebabkan
kemalangan,” katanya di sini hari ini.

 

Polis akan menyiasat kes itu di bawah Sekeysn 31 (1)(a) Akta
Kanak-Kanak 2001 dan siasatan mendapati tempoh visa wanita berkenaan
telah tamat pada 24 Mac lalu.


 

Tambah Noorzainy, ibu dan kanak-kanak berkenaan menggunakan pasport
Indonesia manakala suaminya warga tempatan dan mereka berkahwin di
negara jiran berkenaan.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: