January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pada Isnin mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai isu cakap pasal pelajar ‘slow learner’ yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam media social kononnya beliau menghina pelajar dan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkata ucapannya mengenai hal itu pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Sabtu lalu telah disalah tafsir.

Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan itu akui mungkin penyampaianya tidak kemas ketika membuat huraian dalam ucapan secara ‘off the cuff’.

“Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yang tidak di sengajakan, itu adalah kelemahan yang ada pada semua manusia,”katanya.

Beliau menyebut soal pelajar ‘ slow learner ‘ semasa melahirkan kekecewaannya kerana terdapat anak Melayu yang dibantu kerajaan suatu ketika dahulu kini memaki hamun UMNO.

“Kamu dapat masuk universiti, kalau ‘slow learner’ pun dapat masuk UiTM. Kadang kala kalau tak cukup markah (sepatutnya), markah akan diturunkan agar anda dapat masuk universiti.

“Ada yang tak dapat masuk universiti di dalam negara, kita hantar ke luar negara. Bila balik, tunjuk pandai dan marah UMNO,” katanya dalam ucapan berkenaan.

Berikut adalah Kenyataan penuh dari Datuk Seri Tengku Adnan Mansor:

Ucapan saya di salah tafsir.

Saya memberi sedikit huraian sejarah mengenai bangsa kita orang Melayu.

Sebelum 13 Mei memang Melayu amat mundur. Akibatnya pelajar Melayu luar bandar khususnya begitu mundur dalam pelajaran.

Ini kerana sekolah luar bandar banyak kekurangan.

Akibatnya ramai tidak dapat masuk U. Malah awal Tahun 70an, syarat masuk U di turunkan sekadar 2 principal dan 1 sub pun layak masuk U.

Maka Kuota di laksanakan menguna Hak Keistimewaan Melayu di bawah DEB.

Namun ramai pelajar Melayu peringkat SPM tercicir malah peringkat STPM.

Maktab Mara di tukar menjadi ITM dan pelajar2 Melayu SPM yang dapat Grade 3 pun di terima masuk ITM.

Bahasa Inggeris langsung sifar. Tapi apabila diberi peluang dan kemudahan2 yang cukup, cuba lihat ramai yang dapat PHD dan peringkat professional saperti ACA, ICMA, Kejuruteraan dan berpuluh lagi.

Malah ada pelajar melayu dari UITM yang TOP OF WORLD seperti bidang ACA.

Sekarang UiTM sudah menjadi Mutiara Bangsa dan University MAYA dengan 13 Cawangan seluruh negara dan pelajar sekitar 170 ribu. Semua tahu setakat ini terdapat 600 ribu alumni UITM.

Tahniah kpd TS Arshad Ayub Bapak UITM. TAPI APAKAH UITM DAN KEHEBATAN PELAJAR MELAYU INI MENJADI KENYATAAN TANPA UMNO DAN BN.

Hakikat nya UMNO dan BN lah yang merealisasikan kebangkitan bangsa melayu yang dulu mundur atau ‘slow’ akibat kemiskinan yang tegar.

BEGITU JUGA MAKTAB RENDAH SAINS MARA yang menempa kejayaan luar biasa.

LUPAKAH kepada UMNO? Inilah yang saya cuba huraikan secara spontan melalui ucapan ‘off the cuff’ yang mungkin tidak kemas penyampaian nya.

Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yang tidak di sengajakan, itu adalah kelemahan yang ada pada semua manusia.

Sama sama kita tegakkan kehebatan bangsa Melayu kita seterusnya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: