January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi
bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun
Baru Cina tahun depan.

Perkara itu disebut Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan
Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan
Melintang hari ini menggunakan perkataan “Hari Besar” seolah-olah
merujuk kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan
diadakan.

“Jangan lupa hari besar (Tahun Baru Cina) akan sampai, lepas Tahun
Baharu Cina akan ada “hari besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi
Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan
bikin silap lagi woo,” katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa
Melayu.

Ucapan Ahmad Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa
setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baru Cina
dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional
(BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari
selepas tarikh luput itu.

Ahmad Zahid turut menyentuh tentang kebebasan beragama di negara ini
yang telah membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum dan agama.

“Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin dan
memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama
Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

“Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan menghormati semua
agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk menghormati agama
lain,” katanya. -Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: