January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengekalkan keputusan bersalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengajar Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.

Hakim syarie Salehan Yatim walaubagaimanapun bersetuju untuk mengurangkan denda yang dikenakan daripada RM2,900 kepada RM1,900.

Ujarnya, denda dikurangkan selepas mengambilkira bahawa jumlah RM2,900 yang dikenakan akan menyebabkan wakil rakyat Amanah itu kehilangan kerusinya dan Shah Alam pula kehilangan wakil rakyat yang dipilih.

Selain itu ujar beliau, ini adalah kesalahan pertama Khalid.

Keputusan itu bermakna Khalid masih boleh menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerana masih belum hilang kelayakan untuk bertanding.

Seseorang hanya hilang kelayakan bertanding jika mereka didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan selama lebih daripada satu tahun.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 19 Januari lalu menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut ke atas Khalid atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: