January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -27/11/17 –Memandangkan PKR tewas dalam pertandingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Bingkor, Sabah pada PRU 13 dengan majoriti kecil, DAP mengambil keputusan pro-aktif mengumumkan calon daripada parti mereka bertanding di DUN berkenaan pada PRU 14.

Dengan disaksikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mengishtiharkan Peter Dhomas bin Saili atau lebih dikenali sebagai Peter Saili, 66, sebagai calon DAP bagi menggantikan calon PKR.

Stephen berkata pencalonan Peter telah direstui oleh Kit Siang.

Peter ketika ditemui berkata DAP telah membuktikan bahawa ia merupakan sebuah parti yang bekerja untuk rakyat dan bukan parti yang gemar ‘mengangkut orang ramai hadir ke program perjumpaan’.

“Tidak seperti sebahagian parti-parti pembangkang tempatan yang hanya membuang duit dengan perbelanjaan mengangkut orang ramai hadir ke program perjumpaan atau siri jelajah,” katanya dilapor Roketkini.

Pada PRU 2013, Datuk Jeffrey Gapari Kitingan dari Parti Reformasi Negeri (STAR) menang tipis selepas menewaskan BN dan PKR dengan majoriti 456 undi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: