January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menggesa semua
pihak agar tidak mengapi-apikan hubungan antara partinya dengan PAS.

Beliau berkata hanya masa yang dapat menentukan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu itu.

“Kita tunggulah, jangan laga-lagakan Umno dan PAS dan juga bangsa lain, termasuk parti komponen.

“Tunggu sahaja apa yang akan berlaku. Bukan hanya dengan PAS,
barangkali dengan parti lain pun kita boleh bergabung, tak ada masalah,”
katanya kepada pemberita di Majlis Nadi Negara 2017 di PWTC, hari ini.

Beliau yang senang disapa Ku Nan berkata demikian ketika ditanya
tentang salam perpaduan yang dihulurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) dua tahun lalu.

Pada PAU yang dijadual berlangsung Disember ini, ia dijangka sekali
lagi menjadi topik hangat apatah lagi dengan pilihan raya umum (PRU)
ke-14 yang semakin hampir.

selain daripada pilihan raya umum (PRU) ke-14, hubungan antara dua
parti itu dijangka bakal menjadi topik hangat dalam Perhimpunan Agung
Umno pada Disember ini.

PAS bagaimanapun konsisten berkata, parti itu kekal dengan Gagasan
Sejahtera dan hubungan dengan Umno hanya dalam isu berkaitan Melayu dan
Islam.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: