January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kuala Lumpur: “Orang-orang seperti Siti Kasim ini sepatutnya telah lama diambil tindakan, dia bukan sahaja telah mencabar tugas duli-duli Tuanku malah secara terang-terangan menghina Islam,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid.

Menurutnya, bukan sahaja dari pihak pejabat penguatkuasa agama Islam malah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta semua agensi yang terlibat menguatkuasa Islam perlu bertindak kerana perkara ini melibatkan perlembagaan negara dan apabila melibatkan perlembagaan ia juga melibatkan keselamatan Islam itu sendiri.

“Kalau terus dibiarkan perkara ini, di manakah kita sebagai orang Islam meletakkan Perlembagaan Malaysia dalam pentadbiran hidup kita?” soal beliau.

Beliau berkata, tertera Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan, itulah nilainya yang wajib diletakkan tinggi supaya semua orang sedar dan hormat kedudukan Islam itu, tindakan tegas perlu diambil berlandaskan kedudukan Islam di dalam perlembagaan yang telah termaktub.

“Jika tindakan tegas terus diambil, saya percaya tidak ada sesiapa yang berani mengganggu gugat kedudukan Islam lagi,” katanya.

Sheikh Kareem berkata, PERTAMA amat menyokong semua usaha-usaha dalam menjaga kemurnian Islam sebagai agama Persekutuan.

“Maka semua pencemaran dalam bentuk fahaman-fahaman yang bercanggah dan menggangu gugat keaslian Islam itu sendiri perlu diambil tindakan tegas dan pantas.”

Menurut beliau lagi, visi Islam yang mengikut otoriti agama yang duduk dibawah duli-duli Tuanku yang merupakan pelindung agama Islam dan mengikut amanah duli-duli Tuanku itu adalah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Agensi-agensi penguatkuasa seharusnya menjaga dan mengambil tindakan menghalang sebarang bentuk penularan, penyebaran ajaran-ajaran yang bertentangan,” tegasnya.

Beliau berkata, penyebaran satu fahaman yang melanggar nilai perlembagaan adalah merupakan satu kesalahan tetapi agensi-agensi ini seolah-olah seperti tidak ada dan mungkin kerana di dalam agensi-agensi ini terdapat orang-orang yang tidak ada nilai perlembagaan dalam hati mereka, tidak ada nilai Islam di dalam hati mereka dan hanya melihat Islam itu bersifat “personal”.

Menurut Sheikh Kareem, “Di Singapura misalnya mereka ada Religious Harmony Act, kalau ada budak seperti Siti Kassim ini di Singapura sudah lama dia ditangkap, kalau di negara Brunei jangan cakaplah, apatah lagi di Arab Saudi.”- menara.my



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: