January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hahaha!!! Tau pulak Si Mahfuz Bean ni menggelupor tak tentu arah bila PAS ungkit balik pasal isu Bai’ah yang menjadi sebahagian daripada perjanjian wakil rakyatnya sebelum PRU yang lalu.

Isu berkaitan dengan Bai’ah itu kembali menjadi hangat apabila ADUN PAS Anak Bukit mengambil tindakan keluar parti dan menyertai PPBM setelah sekian lama mengkhianati PAS.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Mahfuz Bean tu mendakwa isu Bai’ah itu tidak perlu dibangkitkan dan hanya semata – mata menjadi alasan untuk menakutkan pemimpin parti itu.

“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada PAS dan bagi saya isu ini telah berlalu,” kata Mahfuz mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.

Dalam masa yang sama kata Mahfuz lagi,  ahli dan pemimpin PAS kini mempunyai pilihan untuk menyokong Pakatan jika merasa tidak selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS.

“Tidak ada masalah untuk ahli PAS menyokong mana-mana parti dalam Pakatan Harapan walaupun masih menjadi ahli PAS, kata Mahfuz.

Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat Si Mahfuz Bean itu hanya satu justifikasi untuk menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh ADUN PAS Anak Bukit itu.

Sebagai rekod, Si Mahfuz Bean sebelum ini sudah banyak kali melakukan Pengkhianatan apabila sering memburukkan PAS diatas pentas ceramah anjuran puak Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Maka kata mereka, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah – olah dibuat bagi mencari jalan keluar bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri sedangkan dia sendiri takut nak ambik tindakan yang sewajarnya dan keluar dari PAS!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: