January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dasar orang tak tau malu ni memang payah. Bila bab menghentam Kerajaan, bukan main diorang berkokok atas pentas Politik memburukkan setiap tindakan yang diambil untuk kebajikan rakyat.

Tapi bila tiba bab nak mintak bantuan, nak mintak peruntukan, tau pulak diorang nak menagih simpati dari Kerajaan Barisan Nasional dan menjaja alasan kononnya nak diberi kepada rakyat.

Soalnya kalau Kerajaan Barisan Nasional beri bantuan sekali pun, puak Pakatan Haprak ni bukan tau nak menghargainya. Sebaliknya, diorang perlekehkan pulak bantuan yang diberikan.

Jadi tak salah sekiranya MB Pahang turut menyindir puak pembangkang yang mendesak agar diberikan peruntukan kewangan sebagai bukti ‘Politik Matang’ yang diamalkan diluar Negara.

Isu bertanding timbul selepas Exco Kerajaan Negeri Pahang disoal beberapa kali oleh ADUN PKR Semambu berhubung isu politik matang yang menuntut agar mereka diberikan bantuan.

Wakil PKR tersebut mendakwa, Kerajaan Negeri boleh memberikan peruntukan tersebut, walaupun pembangkang BN di Selangor dan Pulau Pinang tidak mengambil peruntukan yang ditawarkan.

Menjawab soalan itu, MB Pahang berkata, dia tetap memberi bantuan kepada permohonan yang dikemukakan pembangkang walaupun tiada peruntukan khas diberikan, malah menandatangani banyak surat permohonan setiap minggu.

Sebagai contoh, permohonan YB Syed Hamid (PAN-Semantan) berhubung bantuan kewangan untuk mereka yang menghidap penyakit kronik apabila surat itu dikemukakan kepadanya sebelum persidangan hari ini bermula.

“Bukan kita tak nak beri (peruntukan) tapi di Selangor dan Pulau Pinang pun, pembangkang (BN) tidak terima. Kalau pembangkang sana tak mahu terima, tak akan pembangkang di sini nak terima? Saya sebenarnya jaga maruah pembangkang,” katanya.

Pokok pangkalnya, Kerajaan Barisan Nasional sedia berikan bantuan sekiranya ia diminta demi menjaga kebajikan rakyat. Tapi malangnya, puak Pakatan Haprak ni seringkali memburukkan tindakan tersebut dan cuba mengelirukan rakyat!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: