January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM: Parti Melayu berpecah dua bukan lima seperti yang diperkatakan banyak pihak, kata ahli veteran PAS, Shubky Latiff.

Shubky berkata dua parti itu adalah PAS dan Umno, sekali gus menyifatkan kewujudan PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai hanya ‘tumpang semangkuk’.

Beliau juga menyifat PKR, Amanah dan PPBM tidak akan kekal lama berikutan asas penubuhan parti-parti tersebut tidak sekukuh PAS mahupun Umno.

“Nampak macam (Melayu) pecah lima tapi pecah dua saja, iaitu PAS dengan Umno. DAP dan yang lain-lain (parti-parti) lain itu bukan merupakan cabaran besar. Ada tapi macam tak ada.

“Sebaik sahaja merdeka sampai sekarang, tentangan antara PAS-Umno berterusan sejak sekian lama. Yang (parti) lain hanya tumpang semangkuk sahaja. Berapa hari nak hidup pun tak tahu.

“(Nanti) Datuk Seri Anwar Ibrahim mati, habislah PKR. Mohamad Sabu meninggal, habislah Amanah. Tapi Haji Hadi meninggal, Nik Aziz mati, Dr Baharuddin meninggal…PAS (tetap) ada,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif Antarapos.

Justeru, Shubky berkata pengundi Melayu perlu sedar mereka kini hanya perlu memilih antara PAS atau Umno dan bukannya membazirkan undi dengan memilih parti lain, yang tidak jelas hala tujunya.

Shubky juga ditanya apakah DAP memberi impak yang serius dalam landskap politik negara. Bekas calon pilihan raya PAS itu berpandangan, DAP hanya kuat dan memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar disebabkan pengaruh PAS.

“DAP itu, sekuat manapun dia, kemenangan dua PRU sebelum ini adalah sokongan PAS. Tapi sekarang undi itu sudah tak ada (sebab PAS tak sertai PH). Jadi dia (DAP) tak akan dapat (jumlah undi) seperti yang dia dapat sebelum ini. Risikonya mungkin tak boleh dapat,” katanya.

PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memilih untuk tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya bergerak dengan Gagasan Sejahtera (GS) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Keputusan PAS itu dilihat pemerhati politik sebagai merugikan PH, sementelah gagasan itu menang bergaya dalam dua PRU sebelum ini dengan bantuan jentera pilihan raya serta undi penyokong parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: