January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 mendapati pemeriksaan dan pengurusan kesihatan kanak-kanak di Institusi Kanak-Kanak (IKK) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Berdasarkan laporan audit yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, didapati pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berjadual tidak dilaksanakan sepanjang tempoh kanak-kanak berada di IKK.

“Pemeriksaan kesihatan hanya dilaksanakan semasa kemasukan kanak-kanak ke IKK dan sebelum tamat tempoh tahanan,” kata laporan itu.

Bagi mempertingkatkan lagi pemeriksaan kesihatan, IKK disyor untuk merancang program kesihatan secara berjadual meliputi ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dan pelatih sentiasa baik.

Selain itu, laporan audit juga menyentuh mengenai tahap keselamatan di 10 buah IKK terutama membabitkan persediaan institusi itu menghadapi kebakaran apabila didapati IKK itu gagal mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Ini bagi memastikan pelatih dan kanak-kanak di IKK didedahkan cara untuk menggunakan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran.

Menurut laporan itu, walaupun didapati peralatan pemadam api disediakan secara teratur di kawasan yang bersesuaian namun penghuni IKK yang ditemu bual mengakui mereka tidak pernah menjalani latihan kebakaran dan langkah menghadapi kecemasan.

Selain itu, Sarawak dan Kelantan adalah negeri dengan bilangan penerima bantuan tertinggi untuk kanak-kanak bagi tahun 2014 hingga 2016, iaitu masing-masing melebihi 10,000 orang setahun.

“Walaupun bilangan penerima di Sarawak menunjukkan penurunan setiap tahun, namun jumlah agihan bantuan didapati meningkat sebanyak RM1.87 juta (5.4 peratus) pada 2015 dan RM5.35 juta (14.6 peratus) pada 2016,” kata laporan itu.

Kelantan tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara dalam tempoh sama.

Bilangan penerima bantuan Kanak-Kanak di Sarawak pada tahun 2014 adalah 14,248 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM34.87 juta, dan menurun pada 2015 dengan13,396 orang penerima (RM36.74 juta) dan 2016 terdiri 12,547 penerima (RM42.09 juta).

Ini (peningkatan jumlah peruntukan bantuan) adalah disebabkan banyak keluarga yang mempunyai anak melebihi empat orang dan bayaran maksimum sebanyak RM450 sebulan perlu diberikan,” kata laporan itu.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: