January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kisah kronisme dalam skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin jelas di manakah puncanya bermula apabila salah seorang daripada tiga pemimpin PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah, pemimpin PKR Sungai Yu itu sering kali dilihat berdam­pingan dengan Mohamed Azmin dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri yang dirasmikan Timbalan Presiden PKR tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang penduduk Sungai Yu, B. Vakran, yang kecewa de­ngan sikap membisu kerajaan PKR Selangor dalam isu penyalahgunaan kuasa dan kronisme di sebalik skandal tanah berke­naan walaupun satu demi satu bukti penyelewengan terlondeh.

“Dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, pemimpin PKR didakwa terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri, adik-beradik dan ayah­nya.

Skandal penganugerahan ta­nah Sungai Yu kini panas, apabila terbongkarnya kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), diberikan turut tanah tersebut.

Selain itu, skandal tersebut juga menyerlahkan amalan kronisme kronik apabila beberapa pemimpin PKR didakwa membolot tanah yang sepatutnya diberikan kepada rakyat serta bagaimana syarat utama kelulusan sendiri dilanggar kerajaan PKR Selangor.

Dalam pada itu, Vakran berkata, proses pemilihan tanah tersebut sejak dari awal lagi tidak dilaksanakan dengan telus kerana bagaimana seorang pemimpin PKR yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memilih diri sendiri sebagai penerima.

“Pihak yang terlibat dengan pemilihan dan skandal ini termasuk kerajaan negeri tahu apa yang berlaku tetapi mengapa berdiam diri?” soalnya.

Utusan



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: