January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Menurut pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini Selangor mencatat lambakan hartanah residensi paling tinggi yang gagal terjual di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), ia mewakili 21 peratus atau 27,438 unit.

Menurutnya ia berpunca daripada kekurangan penawaran unit mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Mengikut laporan BNM dari tahun 2014 sehingga tahun ini, hartanah residensi yang masih belum terjual adalah 130,660 unit, di mana 83 peratus daripada jumlah tersebut berharga RM250,000 dan ke atas untuk setiap unit.

Mungkin salah satu sebab kerajaan mengambil langkah drastik untuk menghentikan sebarang pembinaan kediaman mewah baru yang berharga RM1 juta ke atas mulai 1 Dis 2017 berpunca dari lambakan rumah yang tidak terjual ini.

Kadangkala kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang dilihat terlalu tamak dan bersikap terburu-buru dalam setiap tindakan dan keputusan mereka. Seolah-olah pada hari esok mereka bukan lagi menjadi kerajaan negeri dan seolah-olah hari esok sudah mahu kiamat.

Akibatnya, kemusnahan alam seperti banjir dan tanah runtuh berlaku di kawasan mereka. Disamping masalah lambakan rumah yang tidak terjual kerana pembeli tidak mampu untuk memiliki rumah tersebut kerana ianya dijual dengan harga yang terlalu tinggi.

Bila dilihat strategi kerajaan Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR ini jelas menunjukkan mereka menjadikan kerajaan yang dikuasai mereka seolah-oleh sebagai aset atau tapak mereka untuk berniaga dan menjana keuntungan.

Mereka tidak pernah menghiraukan keselamatan penduduk dan masyarakat setempat asalkan mereka mempunyai pulangan dan komisyen atas apa yang diusahakan mereka. Jelas pemimpin Pakatan Harapan mementingkan poket mereka sendiri.

Pada penjawat awam di negeri yang terlibat, mereka telah dikelabukan mata serta telah disogokkan dengan pemberian bonus dan imbuhan yang tinggi. Kononnya pemberian bonus tersebut berdasarkan kecemerlangan tahunan kerajaan negeri.

Tapi sebenarnya sogokan itu adalah salah satu petanda bahawa kerajaan dan harta kekayaan kerajaan negeri sedang diratah rakus oleh kepimpinan Pakatan Harapan yang berselindung disebalik misi memajukan rakyat.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: