January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BANYAK yang penulis lihat mengamuk pasal isu ITM dan slow learner ini sebab mereka menyangkakan slow learner itu sama maksud dengan bodoh (stupid) – hakikatnya bukan.  Bodoh, bodohlah, slow learner, slow learner lah.  Masa kita sekolah, budak dalam kelas yang selalu kita gelar “lambat pickup”, itulah yang dimaksudkan slow learner – tak semestinya dia bodoh.

Orang cerdik berdebat buat dakwaan kena offer RM 5 juta tapi tak boleh buktikan, inilah yang sebenarnya bodoh, walaupun dari satu segi lain dia ternampak macam cerdik.

Apa pun, Tengku Adnan dah jelaskan kenyataannya dipetik di luar konteks dan Alumni UiTM sendiri pun dah menerima permohonan maaf dari beliau, disamping hakikatnya bahawa UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya terus memperkasakan UiTM ini, isu ini sepatutnya selesai.

Lain kalau Ku Nan cakap slow learner hari ini, esok terus tutup atau tidak recognize PHD/Master/ijazah/diploma UiTM, itu mungkin boleh jadi isu.   Yang nyata, UiTM terus diperkasakan di Malaysia ni dengan lebih banyak cawangan dibuka di merata negara untuk anak orang Melayu/Bumiputera terus mendapatkan pendidikan peringkat tinggi dengan kos hampir percuma.

Tentang tindakan orang parti cap bunga cuba mengambil kesempatan dalam hal ini, nak sebutkan bahawa itu semua adalah permainan politik, bukan peduli pasal Melayu sama sekali.  Benar yang naikkan taraf ITM kepada UiTM tahun 1999 dulu adalah Mahathir tapi atas kapasiti dia sebagai Presiden UMNO.  UMNO jugaklah yang sekarang terus memperkasakan UiTM ini.

Orang parti bunga menyerang Ku Nan kerana Ku Nan atas jawatannya sebagai Setiausaha Agung UMNO, berjaya menguruskan pentadbiran UMNO dengan cemerlang, dari segi pengendalian mesyuarat dan sebagainya – sesuatu yang tidak dimiliki parti Bunga sekarang.

Jadi kepada parti Bunga, toksah bising sangatlah.  Mesyuarat cawangan dah buat dah?

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: