January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengetuai serbuan ke atas Koperasi Dinar Dirham Bhd yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, serbuan bersama pada 28 November itu dilakukan ke atas sembilan premis berkaitan Koperasi Dinar dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor, di mana pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan.

Serbuan dijalankan dengan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Keselamatan Siber Malaysia itu merupakan satu daripada tindakan berterusan untuk menghapuskan aktiviti skim kewangan haram.

“Enam pengarah syarikat yang disyaki bertindak sebagai dalang dan ejen untuk aktiviti pengambilan deposit haram, ditangkap dan ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, operasi serbuan itu juga menghasilkan rampasan lapan kenderaan bernilai lebih RM1.5 juta dan membekukan 114 akaun bank di 12 bank berjumlah RM15.3 juta di bawah AMLA.

“Mata wang ringgit dan asing bernilai RM1.4 juta serta 22.5 kilogram logam berharga juga turut dirampas,” kata BNM.

Pihak berkuasa juga berkerjasama dengan Unit Perisikan Kewangan Brunei bagi menyiasat operasi syarikat tersebut di negara berkenaan bagi kesalahan yang sama, katanya.

Mengikut seksyen 137(1) FSA, adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk menerima deposit tanpa lesen. Siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dijalankan di bawah AMLA.

Individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi dan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun.

Orang ramai dinasihat tidak berurusan dengan syarikat pengambilan deposit haram bagi tujuan pelaburan dan perlu merujuk kepada institusi kewangan berlesen yang disenarai di lawan web BNM (www.bnm.gov.my) untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: