January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -29/11/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai mengulangi skrip lama menyalurkan dana atas nama bantuan mangsa banjir, namun dana tersebut disalurkan untuk memperkasakan musuh-musuh politik Kerajaan PAS Kelantan.

“CM Lim Guan Eng bagi tangan siapa kali ni, melalui PAN Kelantan ka ??,” soal Zakiyamani Yamani dalam Facebook.

Zakiyamani membuat pertanyaan itu sebagai mengulas laporan Sinar Harian yang menyebut Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan kewangan RM100,000 bagi membantu penduduk di Kelantan yang dilanda banjir teruk sejak beberapa hari lalu.

Walau bagaimanapun dana berjumlah RM100,000 itu tidak disalurkan kesemuanya kepada Kerajaan PAS Kelantan, sebaliknya turut disalurkan kepada pihak lain yang tidak dinamakan.

“Sebagai tanda simpati, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM100,000 kepada rakyat Kelantan.

“Sejumlah RM50,000 akan diberikan kepada kerajaan negeri dan RM50,000 lagi akan diberikan kepada NGO dari Kelantan,” katanya.

Semasa banjir 2014 melanda Kelantan, Guan Eng pernah menyalurkan dana sebanyak RM1.5 juta atas nama mangsa banjir, namun kebanyakan dana itu disalurkan kepada Datuk Husam Musa dan rangkain-rangkaiannya.

Guan Eng hanya menyalurkan RM250,000 sahaja kepada Kerajaan PAS Kelantan di atas nama Tabung Serambi Mekah, selebihnya disalurkan kepada Husam dan rangkainnya, termasuklah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (Amanah), Pertubuhan R Kelantan dan PASMA Kelantan.

Selanjutnya, sila baca “Sumbangan Dana DAP : Dua Orang Husam Bertikam Lidah..” dan “Husam Perbesarkan Duit UMNO-PAS Untuk Sorok Terima Dana DAP



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: