January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Jessica Chew Cheng Lian sebagai Timbalan Gabenor BNM yang baru bagi menggantikan Dr. Sukudhew Singh yang bakal bersara pada 31 Disember ini.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, Jessica selaku Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab terhadap peraturan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan perkongsian berpusat.

“Jessica yang pada masa ini Penolong Gabenor BNM bertanggungjawab terhadap pembangunan peraturan dan dasar dalam sektor perbankan dan insurans yang memberi tumpuan kepada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, pembangunan kewangan dan pembangunan bakat.

“Beliau juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran dan peraturan dan pengawasan terhadap perniagaan perkhidmatan wang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut BNM, Jessica juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan serta memegang beberapa jawatan penting lain dalam sektor kewangan.

Jelas BNM, Jessica menyertai BNM pada tahun 1993 dan memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam bidang perakaunan dan kewangan dari University of Melbourne, Australia. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: