January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dek kerana tindakan berani yang dibuat oleh ADUN Anak Bukit yang tampil menyertai PPBM baru – baru ini telah membuatkan Si Mahfuz Bean ni berada dalam keadaan kesipuan terlampau.

Kesipuan itu membuatkan Si Mahfuz Bean ni mula meracau tak tentu arah dengan membuat dakwaan kononnya dia masih lagi seorang pemimpin yang ‘Gentleman’ didalam PAS.

Kata Si Mahfuz Bean, pengkhianatan yang dilakukan secara terang – terangan selama ini tetap ‘gentleman’ kerana menyatakan pendiriannya terhadap parti secara terang – terangan.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga mendakwa kononnya dia bukan ‘Pak Turut’ didalam PAS yang sedia menurut segala perintah yang diberikan oleh pucuk pimpinan tanpa sebarang persoalan.

Bahkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendabik dada mendakwa bahawa semua kritikan yang dilemparkan selama hari ini terhadap PAS tidak hanya dilakukan secara membuta tuli.

“Saya bukan seorang ahli yang menjadi pak turut membuta tuli. Saya tak boleh terima keputusan parti mengatakan bahawa berkecuali dalam isu berkaitan rakyat di parlimen dalam hal bajet, saya tak boleh berkecuali.

“Kita dipanggil Yang Berhormat, bukan Yang Berkecuali. Wakil rakyat mesti buat keputusan, bukan datang untuk berkecuali dalam membuat keputusan. Berkecuali bukan satu keputusan. Bukan satu pendirian, pendirian adalah bersetuju atau tidak bersetuju,” katanya.

Dari kenyataan yang dibuat, tak heran la sekiranya Si Mahfuz Bean tu sanggup memberikan alasan secara panjang lebar apabila kedudukannya pada ketika ini menjadi bahan pertikaian.

Orang yang sedang dilanda kesipuan tahap kronik ni sudah pasti akan mencari jalan untuk melepaskan dirinya dengan memberikan seribu satu alasan seperti yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni hanya dianggap sebagai satu bentuk justifikasi terhadap pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap PAS. Si Mahfuz Bean ni masih cuba nak menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang Suci!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: