January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai formula tersendiri menambahkan bilangan kerusi DUN dan parlimen bagi membolehkan mereka kekal memerintah selepas PRUke14 nanti.

Bagi merealisasikan hakikat ini, kesemua komponen BN di Perak diminta mencari ahli-ahli baru mengundi calon-calon yang dipilih mewakili BN bertanding kelak.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi BN negeri Perak Datuk Saarani Mohamad yang berpendapat kenyataan ini bukannya sesuatu yang mustahil “jika setiap ahli parti komponen yang menjadi pengundi, mencari sekurang-kurangnya dua lagi pengundi untuk mengundi BN.”

Sebagai contoh katanya mengikut daftar sehingga Jun 2017, kira-kira 350,000 daripada 1.49 juta pengundi berdaftar di Perak merupakan ahli parti komponen BN.

Justeru beliau berkata sekiranya mereka boleh mencari dua lagi pengundi bukan ahli parti komponen BN untuk mengundi BN, undi parti itu melebihi satu juta.

“Jika mengikut perkiraan mudah, undi lebih satu juta itu membolehkan kita menang selesa,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Lenggong berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutup Konvensyen MyPPP Negeri Perak di Ipoh, pada Ahad.

Untuk rekod 38 peratus pengundi Melayu di negeri ini adalah ahli UMNO manakala 23 peratus pengundi Cina pula terdiri dari ahli MCA dan 40 peratus pengundi India pula terdiri ahli MIC.

Saarani juga berkata, BN Perak kini menyasarkan 10 kerusi DUN dan enam Parlimen. BN Perak kini mempunyai 31 kerusi dari keseluruhannya 59. DAP, sahaja18 kerusi. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: