January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: Meskipun rumah sendiri turut dinaiki air, namun tugas di pusat pemindahan perlu diutamakan demi membantu serta memastikan keselesaan mangsa-mangsa banjir lain.

Itulah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan Hasmi Hussin, 33 tahun sejak berkhidmat sebagai pembantu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Terengganu sejak lima tahun lalu.

Menurut Hasmi, dia dan keluarga terpaksa menghuni di pusat pemindahan selepas kediamannya di Kampung Kuala Belara di naiki air setinggi 0.5 meter.

“Ahli keluarga sentiasa berkomunikasi melaporkan keadaan semasa dan jika suasana semakin genting kita akan segera berpindah.

“Bimbang itu memang la bila tinggalkan orang tua, tiga anak dan isteri tapi demi tugas kami terpaksa laksanakannya,” kata Hasmi.

Sementara itu tugas mereka juga memerlukan komitmen yang tinggi sepanjang bencana banjir ini berlaku.

Jika polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersiap sedia membantu memindahkan mangsa, pegawai JKM pula bersengkang mata menyediakan keperluan dan tempat perlindungan kepada mangsa.

Selain itu, setiap satu jam mereka mengemas kini data terbaru berhubung kejadian banjir dan jumlah mangsa.

Menurut seorang lagi petugas JKM, Husaini Abdullah pula, sepanjang dua tahun mengendalikan mangsa banjir bukanlah satu perkara yang mudah.

Katanya, pelbagai ragam dan kerenah perlu dihadapi dan nilai kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

“Sebagai pegawai kita memang dilatih dan perlu sentiasa bersabar melayan kerenah mangsa,”katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: