January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



HULU TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci mengenai banjir yang melanda negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bimbang banjir yang kerap berlaku disebabkan sistem perparitan yang kurang sempurna.

Kata Ahmad Razif, pihak JPS harus kenal pasti sama ada masalah perparitan menyumbang kepada banjir di negeri itu.

“Permasalahan ini mungkin berpunca dari segi rekabentuk atau masalah teknikal.

“Saya sudah minta pihak JPS membuat kajian tentang perkara ini supaya tindakan segara dapat diambil,” beliau berkata selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Kepah dan Dewan Sri Putih Kampung Tok Lawit di Hulu Terengganu pada Selasa.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: