January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AHLI perniagaan yang kini berjinak-jinak dengan dunia nyanyian, Datuk Aliff Syukri, pelik apabila video lirik lagu nyanyian menerima unlike yang banyak.

Video lirik lagu berjudul Abang Nak Tegur itu dimuat naik ke laman YouTube pada 23 November lalu.

Ketika artikel ini ditulis, ia telah menerima hampir 600,000 tontonan.

Namun, jumlah like dan unlike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah unlike ketika ini mencecah 53,000, manakala jumlah like hanya 7,000 sahaja.

Dalam kemas kini status di akaun Instagramnya, Datuk Aliff menyatakan rasa terkilan dengan situasi itu.

Pengasas jenama D’Herbs yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris itu mempersoalkan mengapa video itu menerima unlike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.

Video lagu terbitan KRU Muzik itu yang turut menampilkan Nur Sajat, ketika ini berada di tangga keempat paling trending di YouTube Malaysia.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: