January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


WASHINGTON: Seramai 71 peratus daripada generasi millennial Amerika Syarikat (AS) mengatakan parti utama ketiga diperlukan di negara itu, kerana kedua-dua parti iaitu Republikan dan Demokrat telah menjalankan tugas yang teruk, lapor agensi berita China Xinhua.

Berdasarkan satu tinjauan terkini yang didedahkan pada Rabu, sebanyak 63 peratus millennial AS tidak setuju dengan cara pentadbiran Presiden Donald Trump, manakala 65 peratus lagi berpendapat secara keseluruhannya AS berada di landasan salah. 

Tinjauan dijalankan NBC News/GenForward itu, mendapati enam daripada sepuluh orang menolak cara Kongres mengendalikan tugasnya, sementara 59 peratus mempunyai pandangan buruk terhadap Parti Republikan dan 42 peratus lagi terhadap Parti Demokrat.

Secara keseluruhan, majoriti millennial AS merentasi subkumpulan perkauman, jantina dan gabungan parti, beranggapan pihak berkenaan tidak peduli terhadap pandangan golongan seperti mereka.

Tinjauan dijalankan dari 26 Oktober hingga 10 November, responden terdiri 1,876 golongan dewasa berusia antara 18 dan 34 tahun. Margin keseluruhan ralat persampelan adalah 3.92 mata peratusan.

— BERNAMA

Source by [author_name]

It’s only fair to share…



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: