January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Pimpinan pembangkang cukup gembira jika maklumat siasatan oleh pihak berkuasa keatas mana-mana individu yang boleh dikaitkan pemimpin negara bocor dan menuntut supaya pemimpin negara terbabit memberikan penjelasan.

Ironinya, jika maklumat yang bocor itu boleh dikaitkan dengan mana-mana pemimpin pembangkang, mereka pantas menuduh kononnya maklumat itu sengaja dibocorokan dan satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang.

Itu perbuatan jelek yang ditunjukkan pegawai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila menuduh kebocoron maklumat kes tangkapan anak saudara Mohamed Azmin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disengajakan.

“Kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Menteri Besar dan Kerajaan Selangor,” dakwa Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan anak saudara Menteri Besar Selangor dan tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir haram.

Mereka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada jam 9.30 pagi oleh SPRM. Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan SPRM menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.

Mereka yang ditahan termasuklah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014.

SPRM turut dilaporkan membekukan RM4 juta dalam beberapa akaun bank milik syarikat itu.

Shao Loong seterusnya memberi peringatan supaya siasatan keatas anak saudara Mohamed Azmin itu tidak digunakan oleh mana-mana pihak untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada tuduhan-tuduhan yang pembangkang lemparkan keatas pemimpin negara selama ini. –MYNEWSHUB.CC



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: