January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



NARATHIWAT: Banyak wilayah di selatan Thailand ditenggelami air manakala wilayah Narathiwat telah mengisytiharkan semua daerahnya sebagai zon bencana yang terjejas akibat banjir, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air sedalam satu hingga 1.5 meter. 

Banjir yang melanda Sungai Kolok pula menyaksikan paras air sedalam satu meter atau lebih.

Di wilayah Trang, banjir melanda tujuh daerah susulan hujan lebat semalaman. Air Sungai Trang telah melimpah melepasi tebingnya dan menenggelami jalan pintas di daerah Muang.

Kira-kira satu kilometer sepanjang laluan masuk dan keluar kedua-dua lorong jalan itu telah ditenggelami air. Penduduk kampung terpaksa menggunakan tali untuk membantu mereka berjalan melalui air banjir.

Di Phatthalung, situasi agak membimbangkan. Semua 11 daerah dalam wilayah itu dilanda banjir dengan enam daripadanya terjejas teruk. Paras air melebihi satu meter menyebabkan 22 sekolah terpaksa ditutup. 

Pihak berkuasa tempatan telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Di Songkhla, paras air di Terusan U Tapao terus meningkat dengan alirannya agak deras. Ia telah merosakkan sebahagian jalan dan jambatan yang menghubungkan dua kampung di daerah Hat Yai dan daerah Klong Hoi Kong. 

Beberapa pegawai telah meletakkan halangan bagi menghalang penduduk menggunakannya. Beberapa jalan sepanjang terusan itu telah terhakis akibat aliran air yang deras.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: