January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEREMBAN: Negara yang baik tanpa pergolakan serta stabil politik semasanya mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaskan sektor pelancongan yang akhirnya akan mengambil masa untuk memulihkan persepsi mereka yang ingin berkunjung.

“Oleh itu, saya percaya bahawa kestabilan di dalam negara amat penting bagi sektor pelancongan untuk membina keyakinan kepada pelancong terutama dari luar negara.

“Perubahan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengambil pendekatan untuk membangunkan negara dari segi pengangkutan juga merupakan sesuatu yang kita boleh banggakan kerana dapat menarik pelancong,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Jalinan Mesra MATTA (Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) Negeri Sembilan Chapter di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi MATTA Negeri Sembilan Chapter Mohd Azri Abd Razak serta Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan Yusnaliza Md Yusop.

Selain infrastruktur yang lengkap serta pembangunan yang pesat, pemain industri seperti MATTA seharusnya membuat promosi hingga ke luar negara untuk menimbulkan minat pelancong berkunjung, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: