January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pemimpin pembangkang memberi jaminan rakyat Malaysia akan kaya jika negara ini diperintah oleh Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mendakwa, rakyat Malaysia tidak perlu lagi hidup mengemis dan merempat seperti sekarang.

“Rakyat akan kaya dengan pentadbiran baru yang ambil berat kesusahan rakyat.

“Rakyat tidak perlu lagi untuk mengemis dan merempat di negaranya sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rodziah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta rakyat Malaysia menilai hidup rakyat Selangor dan Pulau Pinang ketika ini.

Dakwa beliau, pelbagai insentif dinikmati oleh rakyat Selangor dan Pulau Pinang sejak negeri itu diperintah pakatan pembangkang.

“Tetapi realitinya, rakyat sering ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: