January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk melaksanakan siasatan kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu yang bertanggungjawab sewaktu urus niaga mata wang asing (forex) dilakukan sekitar tahun 1990-an.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an turut mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan turut dilakukan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pegawai BNM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Laporan itu turut menyebut, selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Dr Mahathir, adalah tidak dapat diterima kemungkinan beliau tidak mempedulikan masalah dihadapi BNM, tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan berkenaan masalah berhubung urus niaga forex dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumkan bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).

“Walapun beliau menafikannya, suruhanjaya berpendapat bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti IW24 (Perdana Menteri) dalam perkara ini.

“Sebagaimana dinyatakan IW14, beliau menjangkakan IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa IW24 menyatakan `sometimes we make profit, sometimes we make losses‘.

“Reaksi dan penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan maknitudnya.

“Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumkan mengenainya semasa perbincangan bersama IW21 (Anwar) dan IW14 pada akhir tahun 1993 adalah sesuatu yang dipersoalkan.

“IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion,” menurut laporan itu,” kata laporan itu.

Siasatan juga mendapati, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai kerugian forex sebanyak RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993 tidak mungkin benar.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: