January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -29/11/17 –Ahli seumur hidup PKR yang digantung keahlian Badrul Hisham Saharin memberitahu rumah anak saudara seorang Menteri Besar yang dilantik secara pintu belakang telah diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Meskipun Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak menyebut nama Menteri Besar itu, namun difahamkan ia merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Chegubard semasa serbuan itu, wang tunai sebanyak RM4 juta telah disita oleh pihak SPRM.

“Hebat MB pintu belakang lahirkan jutawan muda segera keliling dia…

“Petang tadi SPRM serbu rumah anak saudaranya tunai sebanyak RM4juta lebih disita… katanya anak saudranya tak bekerja hanya mengekor dia saja…

“Yang duk bawa terus gantung bendera gaduh sana sini ya… jom jerit ramai ramai PEDULI RAKYAT,” katanya dalam Facebook.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Rafi Awg Kechik yang menamakan Nurul Fadli anak saudara kepada Azmin Ali.

“Bayangkan kalau semua saudara maranya ada duit sebanyak ini ataupun lebih dari ini..kerjanya hanya jual nama bapa saudara.

“Bayangkan juga kalau anak saudara ada wang banyak ini, berapa banyak pula bapa saudaranya ada? Berbanggalah wahai rakyat Selangor! Rugi tak ada bapa saudara macam ni,”katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: