January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah dikritik oleh warga Britain, umat Islam di AS dan juga beberapa anggota kongres selepas beliau berkongsi (atau retweet) sebuah video anti-Islam yang dimuat naik oleh seorang ahli politik Britain.

Trump sebelum ini giat berkempen untuk menghalang umat Islam memasuki negaranya atas alasan ‘mengancam keselamatan’.

White House bagaimanapun mempertahankan tweet itu, memberitahu, apa yang dilakukannya adalah untuk memberi kesedaran tentang isu keselamatan.

“Saya tidak bercakap mengenai sifat video itu. Ancaman itu adalah benar dan itulah apa yang dikatakan oleh Presiden Trump tentang keperluan untuk keselamatan negara, keperluan perbelanjaan ketenteraan,” kata jurucakap jurucakap White House, Sarah Sanders.

Video tersebut pada asalnya dikongsi oleh Jayda Fransen, timbalan parti anti-imigresen Britain First.

Ia menunjukkan sekumpulan Muslim memukul seorang remaja Kristian sehingga mati dan juga memusnahkan patung Kristian.

Beberapa ahli parlimen Britain turut mendesak Trump untuk memohon maaf kerana kongsi video itu kepada 44 juta pengikut Twitternya.

“Salah bagi Presiden (Trump) untuk melakukan ini,” kata seorang jurucakap kepada Perdana Menteri Britain Theresa May.

Sementara itu, Frasen berkata video datang daripada pelbagai sumber yang telah dikongsi di laman media sosial beliau.

Beliau juga teruja Trump kongsi semula video berkenaan kerana meningkatkan kesedaran “berhubung isu seperti Islam”.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: