December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar anggap Datuk Zaid Ibrahim biadap dan kurang ajar ekoran kritikan beliau terhadap Sultan Selangor.

Bercakap pada sidang media di PWTC, Rabu, Noh berkata UMNO Selangor rasa terguris dan tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh Zaid.

Dalam twitternya kelmarin beliau tulis :Sultan Selangor should be careful with his words. No one is immune when the country burns.”

“When some rulers play politics; they must know the consequences. Don’t think there’s no price for partisanship.”

Beliau menulis demikian di twitter ekoran ulasan Sultan Selangor mengenai tindak tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiar oleh akhbar The Star.

“Kenyataan ini dibuat oleh pemimpin yang sudah lapuk, tidak ada harga diri dan pernah jadi Menteri BN/UMNO kemudian letak jawatan, lari masuk PKR, bertanding pilihanraya di Hulu Selangor dan kalah. Selepas itu dia lari pula masuk KITA dan kemudian DAP.

“Kenyataan Zaid cuba mencabar kedaulatan institusi Di Raja Selangor. Kenyataan-kenyataan dia ini tidak ada harga.

“Dulu semasa tahfiz di Datuk Keramat terbakar saya ada buat kenyataan dan Zaid kata kenyataan saya itu bodoh.

“Hari ini terbukti kenyataan yang Zaid bukan sahaja bodoh tetapi bangang, kurang ajar dan derhaka kepada Sultan Selangor,” tambahnya.

Menurut Noh, Zaid sepatutnya tahu punca Sultan bertitah demikian adalah kerana ucapan Dr Mahathir yang boleh mencetuskan perbalahan kaum.

“Siapa Zahid yang nak beri kenyataan kurang ajar? Dia adalah ahli politik yang sudah tak laku. Katak yang banyak lompat. Selepas ini kita tengok dia nak lompat ke parti mana pula ” tambah Noh lagi.

Noh berkata UMNO Selangor akan membuat laporan polis dan akan meminta pergerakan Pemuda dan NGO-NGO bertindak melakukan yang sama supaya siasatan boleh dibuat di bawah akta hasutan.

“Nak berpolitik boleh tapi jangan sentuh institusi raja. Sesiapa yang cuba cuit, ugut atau gugat instusi raja, UMNO akan ke hadapan pertahankan,” kata Noh.

Noh turut menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kerana tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan Sultan.

Katanya Azmin sikapnya 2×5 dengan Zaid. Mereka berdua lebih hormat kepada Tun Mahathir daripada Sultan

“Kita tak boleh berharap kepada Menteri Besar. Sudahlah dia jadi Menteri Besar di atas linangan mata orang lain. Azmin memang tak mengenang jasa.

“Sepatutnya kerajaan negeri yang buat usul melarang Mahathir berucap di Selangor. Kalau UMNO nak buat ceramah nak guna dewan, padang, pandai pula dia halang. Tetapi bila kita minta Tun M tak dibenarkan, Azmin tolak usul ini. Ini menunjukkan Azmin lebih hormat kepada Tun M daripada Sultan.

“Kalau Menteri Besar sendiri tak hormat Sultan, macam mana orang lain seperti Zaid Ibrahim nak hormat? Adik-adik Azmin pun tak hormat dengan dia.

“Sebagai Menteri Besar kita kena ingat siapa tuan kita iaitu Sultan. Bukan Mahathir atau DAP.”

Noh berkata UMNO Selangor tidak akan berdiam diri dan akan mengadakan Himpunan Daulat Tuanku bagi menunjukkan sokongan rakyat negeri itu terhadap Sultan.

Himpunan itu akan diadakan Ahad ini di hadapan istana.

Ia akan disusuli di setiap UMNO bahagian dan cawangan. Selain itu Ketua-ketua kampung juga akan turut serta.- 6/12/2017- OLEH NOOR HSILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: