December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Anak kepada Allahyarham Ali Abdullah Saleh, Ahmed Ali Saleh berikrar akan menuntut bela atas kematian bapanya yang terbunuh dalam pertempuran di Mabir pada lewat Isnin oleh kumpulan pemberontak Houthi.

Ahmed Ali menegaskan kematian bapanya akan dibela demi keamanan dan demi tekad menumpaskan musuh nombor satu Yaman iaitu Houthi.

“Bapa saya telah mati di tangan musuh tuhan dan Yaman.

“Saya berikrar akan memimpin pasukan baharu rakyat Yaman untuk menentang musuh negara dan kemanusiaan ini yang cuba menghapuskan nama keturunan saya dan mencampakkan rakyat Yaman ke lembah yang hina.

“Malah saya berikrar akan memastikan perjuangan ini berakhir dengan penghapusan Houthi di bumi Yaman dan saya mahu ia dilihat jelas oleh Iran,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Arab Saudi.

Ahmed Ali Saleh, 45, adalah bekas Komander Pengawal Elit Republik Yaman dan telah berjuang bersama-sama bapanya Ali Abdullah Saleh dalma perang saudara pada 2012.

BACA: Krisis fahaman Syiah dan Sunni di Yaman makin getir

Ahmed Ali memimpin hampir 80,000 tentera elit ketika itu bagi menentang kumpulan yang dipimpin Presiden Abed Rabbo Mansor Hadi dan ia berlarutan sehingga keputusan keluar dari kepimpinan Houthi oleh bapanya bulan lalu.

Bulan lalu Ali Abdullah saleh telah bertindak menubuhkan kumpulan baharu yang bertindak memulakan langkah damai demi keamanan Yaman.

Usaha yang dirintis Ali Abdullah itu bertujuan mengadakan rundingan damai melalui perantara Arab Saudi.

Malangnya pada 4 Disember lalu beliau terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak Houthi ketika cuba menyeberangi sempadan ke Arab Saudi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: