December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR:
Penjenayah yang ditembak mati pihak berkuasa Malaysia di perairan Pulau
Kantong Kalungan di kawasan Laut Silam, Lahad Datu, Sabah, semalam,
dipercayai anggota kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG) paling dikehendaki
polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki itu yang
sering terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk penculikan untuk
wang tebusan di perairan Sabah, telah lama berada dalam senarai polis
sebelum ditembak mati.

“Lelaki itu sering terlibat dengan siri rompakan dengan beberapa kumpulan lain yang beroperasi di selatan Filipina.

“Kami mengetahui lelaki ini menyusup masuk ke perairan negara kita
hasil maklumat risikan dan operasi rapi yang dibuat bersama pihak
berkuasa sana (Filipina),” katanya pada sidang media selepas sambutan
ulang tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (​​​​​​FRU) ke-62 di Pangkalan
FRU Cheras, di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata pihak berkuasa Malaysia diketuai pasukan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berusaha mengesan
dan memburu saki-baki anggota kumpulan terbabit.

“Pemantauan sedang dibuat …kalau perlu kami akan mengambil tindakan
sewajarnya dan menjalankan operasi memburu kumpulan ASG ini,” katanya.

Semalam, pasukan keselamatan menembak mati penjenayah berumur
lingkungan 30-an itu selepas berbalas tembakan pada kira-kira 3 pagi, di
perairan pulau berkenaan.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: