December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk membenarkan atlet Rusia bersaing di Sukan Olimpik Pyeongchang tahun hadapan sebagai atlet neutral.

Menurut IOC, beberapa atlet Rusia akan dijemput bersaing sebagai ‘Atlet Olimpik Dari Rusia’ (OAR) tanpa bendera negara atau lagu kebangsaan mereka.

Ini berikutan kes doping terancang pada Sukan Sochi 2014, menyaksikan penggantungan ahli IOC dan jawatankuasa Olimpik Rusia Alexander Zhukov, serta mengharamkan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko dari Sukan Olimpik seumur hidup.

Mutko adalah menteri kesukanan pada 2014 dan juga ketua jawatankuasa penganjur bagi Piala Dunia akan datang.

IOC juga mengenakan denda AS$15 juta untuk Jawatankuasa Olimpik Rusia bagi membayar siasatan ke atas kes berkenaan dan kerja anti-doping di masa depan.

Bagaimanapun, penggantungan terbabit boleh dicabar di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini mengatakan adalah memalukan untuk Rusia bersaing tanpa membawa simbol negara.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: