December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kecoh Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila selebriti, Azwan Ali ‘meletop’ di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Dia datang ke Laman Media di PWTC bagi memperjelaskan video yang tular semalam, yang didakwa cuba untuk menjatuhkan abang kandungnya sendiri merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berpakaian serba merah sempena Persidangan Agung Umno 2017, Azwan mengakui telah lama berdendam dengan Azmin, dipercayai sejak Timbalan Presiden PKR itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
 
Apa yang menyedihkan, menurut Azwan, disebabkan Azmin beliau kini hilang punca pendapatan di dalam industri hiburan tanah air.
 
“(Sejak) lima tahun lalu… apa jenis abang, kau menang besar, aku jual maruah aku. Sebagai artis, aku hilang kerja, RTM sekat aku. Sebab saya datang seperti ini, berdiri di belakang Azmin di Sungai Pusu, saya ingat sejarah itu, kerana gambar sekeping tanpa viral, nyawa saya hampir hilang… saya hilang kerja. Saya dedahkan kerana ‘bangkai’ ini,” ujar Azwan dalam nada sebak dan kesal.
 
Pergaduhan adik-beradik yang sudah lama berlaku itu, menurut Azwan juga berpunca dari sikap Azmin yang cakap ‘tidak serupa bikin’.
 
“Saya sudah bersabar selama lima tahun. Haruskah saya berdiam dengan perangai mencucuk adik-beradik, mencaci nama saya depan wartawan.
 
“Adakah anda berdiam apabila abang anda kutuk arwah emak? Sekarang saya dapat tahu, terbukti. Boleh korek kubur arwah Mak Tom. Namun saya tak fikir emak saya fitnah. Saya tahu arwah macam mana orangnya,” kata Azwan.
 
Dalam pada itu selebriti kontroversi itu juga menyifatkan kemunculannya di PAU2017 sebagai kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Semalam, video ucapan Azwan menjadi tular di media sosial.
 
Dalam video berkenaan, Azwan berkata beliau berhasrat bertemu Perdana Menteri atau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
 
Azwan berkata beliau tidak peduli jika selepas ini digelar sebagai barua Umno walaupun tanpa menerima sebarang bayaran.

“Jangan ingat saya berpura-pura…jangan ingat saya makan dedak…jangan ingat saya dapat juta-juta. Allah SWT telah aturkan segalanya sebab saya dah lama dendam dengan seekor bangkai ni.

“Maaf cakap. Tapi dia (Azmin) melampau. Dia lupa apa amanat arwah Haji Ali (ayah). Kalau dia rasa dia hebat, biar saya jatuhkan. Kalau menteri lain tak berani nak jatuhkan dia, biar saya jatuhkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rabu di PWTC.

Azwan turut mengimbas kembali sejarah ketika Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak itu menang jawatan memimpin negeri Selangor dengan nada yang sebak.

“Apa jenis abang. Kau (Azmin) menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis..aku hilang job…RTM banned aku sebab aku datang dan berdiri di belakang Azmin ketika di Sungai Pusu.

“Kerana sekeping gambar, saya hilang segalanya. Itu sebab kenapa saya dedahkan perangai ‘bangkai’ ini. Bila menang besar…bila sudah menang, sehingga ke hari ini saya tidak terima apa-apa ucapan terima kasih dari dia.

“Orang luar tidam tahu perangai sebanr Azmin. Dia tidak hargai orang..dia hanya hargai orang yang dia songlap. Jadi perlu ke saya sokong dia lagi? Cukuplah lima tahun,” katannya.

Azwan turut mencabar Azmin untuk membuat sumpang laknat di dalam sebuah masjid di hadapan tujuh orang imam sebagai saksi untuk semua rahsia dinafikan sehingga ke hari ini.

Azwan kini dilihat semakin lantang menentang abangnya  selepas pendedahan skandal rasuah melibatkan anak saudaranya, Mohd Nuzul Noriyualsaid berhubung projek lombong pasir didedahkan.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: