December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Keterbukaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim untuk bertemu dan mendengar cadangan selebriti Azwan Ali amat mengujakan beliau.

Ketika dihubungi Astro AWANI, pengacara yang terkenal dengan jolokan Diva AA itu amat bangga dengan kesediaan UMNO mendengar cadangan yang bakal dikemukakannya.

“Saya amat optimis dengan keupayaan UMNO dan Barisan Nasional untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang,” jawabnya ringkas.

Semalam, Azwan berkata, beliau ada sejuta idea untuk dilontarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi membantu parti itu menawan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. 

Hari ini, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyatakan kesediaannya mendengar idea yang hendak dikemukakan Azwan. 

Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini, ramai peminat serta pengikut Instagramnya tertanya-tanya tentang ‘misteri’ kehilangan akaun penuh kontroversi itu.

Menurut Azwan, akaun Instagram miliknya telah digodam lantas mengakibatkan dia hilang akses penuh kepada akaun tersebut.

“Akaun kena godam… Sekarang saya berehat sebab malas nak layan… #YBotherX3 .

“Biarlah akaun tu lesap, saya akan terus bersuara di Facebook,” jelas beliau yang kini sibuk dengan perniagaan rendang secara atas talian.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: