December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4), Liza Hanim menafikan ada unsur gangguan mistik sepanjang dua minggu lepas hingga menyebabkan kualiti persembahannya merudum.

Kata Liza, dia mengakui kesilapan yang berlaku datang daripada diri sendiri dan hilang fokus.

“Saya sendiri yang serabut barangkali dan saya terima kesilapan diri sendiri pada minggu lepas.

“Ini pertandingan, ada masanya emosi dan perasaan gementar itu boleh mempengaruhi semua perkara termasuk persembahan.

“Memang benar sepanjang seminggu saya sedikit terganggu tapi Alhamdulillah, pada minggu ini saya berjaya mendapatkan diri saya semula.

“Bagi saya tidak ada gangguan daripada segi mistik atau seumpamanya pun. Kalau terlalu memikirkan perkara itu nanti datang stress lain pula,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagi mendapatkan ketenangan dan menjauhi gangguan sedemikian, Liza memperbanyakkan doa dan mengukuhkan benteng diri dengan ibadah wajib.

“Saya melakukan amalan dan ibadah wajib seperti biasa. Kalau perlukan ketenangan, saya panjatkan doa dan mohon dijauhkan daripada gangguan atau tekanan.

“Mungkin ada sebab saya tidak dapat melakukan yang terbaik pada dua minggu lepas,” tambahnya.

Menerusi persembahan lagu Lelaki Teragung dua minggu lepas, Liza gagal mencuri hati juri dan disifatkan nyanyiannya ‘ke laut’ oleh Datuk M. Nasir.

Namun, Liza berjaya kembali mengungguli lapan bintang GV4 pada konsert keenam minggu lalu menerusi persembahan memukau lagu Warkah Untukku (Ara).

Lisa bakal berentap untuk pusingan separuh akhir dengan menyanyikan lagu Kesal (Ella) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor) pada minggu ini.

Selain Liza, enam bintang GV4 yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir iaitu Aishah, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: